ANTARA LAPAN (8) FAEDAH YANG ANDA DAPAT – JIKA MEMBAWA ANAK-ANAK BERCUTI KE PANTAI, PULAU ATAU LAUT. Jom ‘Madam Aur’ kongsikan kebaikannya..

1. Pantai bagaikan PADANG PERMAINAN YANG BESAR
–> pesisiran pantai dan lautan terbentang adalah zon untuk anak-anak anda bina istana pasir, main layang-layang, mengumpul cengkerang. Ingat !! SIFAT KANAK-KANAK SUKA MENEROKA. biarkan mereka buat ‘self-research

aktiviti berkarang semasa air laut surut : antara yang di temui, batu karang, siput & cengkerang, tapak sulaiman dan ikan-ikan kecil

2. MASA UNTUK BELAJAR ILMU SAINS HAIWAN
–> di pantai anak anda mungkin boleh berjumpa ketam, umang-umang, burung raja laut, burung helang. Jika mereka buat aktiviti snorkeling, mereka akan belajar pula tentang keindahan batu karang dan warna-warni ikan di dalam laut. Selitkan kepentingan menjaga alam sekitar untuk keharmonian kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan.

kanak-kanak yang selalu di dedahkan dengan alam semulajadi akan lebih berdikari dan berkeyakinan

3. ANAK-ANAK AKAN BANGGA DAPAT HIDANGAN IKAN HASIL PANCING AYAH/IBU MEREKA SENDIRI. 
–> ibu dan ayah boleh buat aktiviti memancing di tepi pantai. Tahukah anda ? anak-anak anda akan berasa bangga dan ingat sampai bila-bila jika mereka dihidangkan ikan yang berjaya di pancing sendiri oleh ayah mereka. Pasti mereka berasa puas apabila hasil tangan ayah berada di meja makan.

masa bersama : masa yang paling berharga

4. ANAK AKAN BELAJAR ILMU ALAM SEMULA JADI SECARA PRAKTIKAL. 
–> dengan menerokai laut, mereka belajar tentang tumbuh-tumbahan, cuaca, simbiosis rantaian makanan dan makhluk-makhluk yang tinggal di pantai. Ilmu itu bukan sahaja di buku OK.. praktisnya di sini…

5. TINGKATKAN ILMU MATEMATIK ANAK-ANAK ANDA
–> Kumpul kulit kerang atau batu-batu kecil dan pinta anak anda kira. Boleh uji proses tambah dan tolak, atau buat teka-teki matematik dengan gunakan benda yang ada disekeliling pantai sebagai bantuan alat mengajar.

6. AKTIVITI BERSAMA –JOGGING, TREKKING & YOGA, ‘STAR GAZING’, WATCHING SUNSET
–> Selain mandi pantai, anda boleh bawa anak anda berjogging di pantai, yoga, trekking dan hiking. Waktu senja biarkan mereka menghargai kecantikan matahri terbenam.. dan bila waktu malam.. biarkan mereka berbaring di pantai sambal melihat bintang-bintang di langit.. Ibu dan ayah ceritakanlah tentang bintang, buruj, galaksi, kisah putaran bumi dan bulan.. Aaah..pasti seronok dan tambah ilmu.

gambar star gazing yang di rakam pada jam 4.00 pagi – gambar ihsan tetamu kami (Cik Syuhada)

7. PASTI ANAK ANDA AKAN LUPAKAN GADGET DAN MAINAN ‘HANDPHONE GAMES’ DENGAN AJAK MEREKA BERMAIN PERMAINAN TRADISIONAL 
–> kesibukan bekerja menyebabkan kita kerap memberikan anak-anak gajet, supaya masa anak-anak terisi, walhal kita tahu ia memang memudaratkan. Tinggalkan teknologi sebentar, luangkan masa bersama mereka dengan bermain ting-ting, galah panjang, konda-kondi atau kejar-kejar di pantai…

8. BUAT AKTIVITI MENCARI HARTA KARUN
–> bawa syiling atau apa-apa objek dan sembunyikan ia di dalam pasir dan sekitar kawasan anda. Biar anak-anak anda meneroka dan bersaing mencari harta karun.

‘Bonding Time’ antara ibu, ayah dan anak-anak.

Jemput share artikel olahan daripada Madam Aur ini Dipersilakan share.. tapi elakkan copy paste ye 🙂

P/S : HANYA TIGA PERKARA UTAMA YANG ANAK-ANAK MAHU DARIPADA KITA –

  • MASA DAN PERHATIAN KITA
  • PENGHARGAAN
  • KASIH SAYANG
seronok anak-anak dapat bereksplorasi dan berkongsi kehidupan dengan alam

Jadi sekiranya korang mencari destinasi sempurna untuk percutian keluarga, saya memang selalu cadangkan Pulau Aur sebagai destinasi. Pulau adalah tempat yang indah dan unik sesuai untuk semua peringkat umur. Bunyi ombak adalah muzik yang paling menenangkan… Sebukang Bay Resort menawarkan resort mesra famili, padat dengan aktiviti dan harga yang berpatutan.

Hubungi kami untuk percutian keluarga anda. Pakej Pulau Aur dan Pulau Dayang ada kami tawarkan. Boleh click direct link di bawah untuk tahu pakej percutian yang kami tawarkan :

–> www.wasap.my/60197391284/pakejpulauaur
–> 
www.wasap.my/60197300815/pakejpulauaur
–> 
www.wasap.my/60197396698/pakejpulauaur
–> 
www.wasap.my/60197559902/pakejpulauaur

Terima kasih, 
-Madam Aur-
Sebukang Bay Resort
Pulau Aur Mersing Joho
r