PAKEJ PERCUTIAN BAGI TAHUN 2018 – 3 HARI 2 MALAM KE PULAU AUR, MERSING JOHOR

Pulau Aur ini sememangnya terkenal dengan kecantikan dan keaslian semula jadinya. Sebagai pulau yang paling jauh dalam Semenanjung Malaysia , ia menjanjikan panorama  dan suasana desa yang tak mungkin anda dapat di tempat lain. Staf di resort dan penduduk pulau mengamalkan ‘simple life’ malah  lebih selesa berkaki ayam dan berbual santai bersama pengunjung seperti keluarga. Sebab itulah, ramai guest kami lepas pulang bercuti jadi kawan baik pula..

 

Untuk makluman semua, jika korang nak cari 5 star hotel, di sini bukan tempatnya Okey.. tapi apa yang ada disini lebih daripada itu. Konsep kami lebih kepada kekeluargaan dan ‘back to basic life’. Di sini anda takkan jumpa motorsikal waima kereta. Line telefon yang ada cume Maxis 3g sahaja taw…. So kepada yang mencari tempat untuk berehat dan nak ‘release tension’, Sebukang  Bay Resort , Pulau Aur memang pilihan yang ideal.

 

Jom tengok cover story resort kami di New strait  Time

 https://www.nst.com.my/lifestyle/jom/2018/04/356182/go-hidden-gems-pulau-aur

 

Okeh lah, Madam Aur nak kongsi antara pakej yang paling glamer orang ambil semasa bercuti disini . Jom ‘check it out’.

 

APA ITU PAKEJ PERCUTIAN  INKLUSIF?

 

Pakej inklusif ini bermaksud ‘ALL-INCLUDED’So, Pakej 3 Hari 2 malam ini memang dah lengkap segala keperluan dan aktiviti yang diperlukan anda semasa datang bercuti ke Pulau Aur.

 

Dengan ambil pakej inklusif 3 Hari 2 Malam, apa yang anda akan dapat: 

 

  • – Servis Bot Transfer  – (Mersing – Pulau Aur – Mersing). Untuk makluman semua, kebiasaannya perjalanan menggunakan High speed Boat memakan masa 1.5 jam – 2 jam perjalanan.
  • – Penginapan Chalet – (bilik kipas sahaja ya , tapi kalau nak lebih sejuk kami menyediakan khidmat sewaan air cooler).  So far, angin pantai dah cukup mendamaikan.  Bilik air pula memang da attach/inside room.
  • – Makanan dan Minuman – (ini termasuklah 2x sarapan pagi, 2x makan tengah hari, 2x minum petang, 1x makan malam, 1x BBQ dinner). Untuk air minuman dan air masak panas untuk bancuh kopi/teh adalah ‘free flow all the time’. Anda boleh bancuh sendiri air kopi/teh bila anda mahu.
  • – Peralatan Snorkeling – termasuklah life vest, snorkel dan mask. Kita ada sediakan perkhidmatan sewaan bagi fin/kaki itik (RM 20 sahaja untuk 3H2M)
  • – Guide Hensem dan baik hati – untuk aktiviti island trekking, hiking dan boat snorkeling akan ada guide untuk anda berkongsi cerita dan jadi abam sado untuk menjaga korang.

 

 

 

 

Antara aktiviti yang dah termasuk juga dalam pakej 3H2M ini adalah: 

 

  1. # Tanpa had: snorkeling pantai di depan resort (Teluk Sebukang, Pulau Aur)
  2. # Trip boat snorkeling berserta guide – 2 atau 3 tempat (antaranya di Pulau Lang, Teluk Meriam, dan Teluk Pahanan)
  3. # 45 minit trip Island trekking daripada resort ke Teluk Berhala
  4. # Hiking + snorkeling trip ke Pulau Dayang (untuk hiking trip ke Puncak Letak Semalu, Pulau Dayang selalunya pendakian  ambil masa dalam 30 minit, tapi view yang akan di hidangkan memang sangat memukau. Ini antara aktiviti yang perlu anda buat jika sampai di Pulau Aur/Pulau Dayang)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


AKTIVITI LAIN YANG DI KENAKAN CAJ TAMBAHAN:

  • -> Tempahan bot pancing di unjam/ 2 batu nautika daripada pantai)
  • -> Mendaki ke Batu Cina di Teluk Berhala.
  • -> ‘Round-island’ menggunakan bot.
  • -> Trip mendaki ke Dusun Durian + Bufet Durian (bergantung kepada musim)

 

KADAR HARGA PAKEJ 3 HARI 2 MALAM BAGI TAHUN 2018

Sebenarnya, pakej yang dan harga yang kami tawarkan sangat berbaloi dan mungkin anda tak kan jumpa harga serendah ini di Pulau Aur. Malahan sebenarnya pakej kami ini sudah termasuk, harga tiket bot pergi balik yang sebenarnya kos bot adalah RM 210 seorang taw…

 

Anda mesti pelik kenapa, harga tiket bot ke Pulau Aur agak mahal? kan… Ini disebabkan kos minyak bot dan lokasi pulau yang paling jauh dalam semenanjung.

 

So.. harga pakej korang untuk 3 hari 2 malam, cuma lah RM 274 sahaja (bagi dewasa)  termasuk penginapan, makan, peralatan snorkeling dan segala aktiviti. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga pakej percutian serendah ini.

Ini harga pakej kita bagi tahun 2018..

 

 

 

 

MAKLUMAN BERKENAAN JUMLAH HAD TEMPAHAN:

Untuk makluman semua, buat masa ini, public speed boat untuk ke Pulau Aur hanya ada pada hari jumaat dan ahad sahaja.Jadi bagi tempahan percutiaan pada hari jumaat-ahad boleh sahaja di buat. Namun, bagi tempahan untuk percutiaan pada hari ‘weekdays’, perlu minimum 7 orang guest atau sekiranya kurang boleh cross-check dengan kami untuk combine/join trip dengan guest lain.

 

Jumlah minimum tetamu untuk membuat tempahan
Jumaat – ahad : tiada had minimum
Isnin – khamis : tempahan minimum 7 orang

 

 

DEPOSIT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN/BOOKING: 
Untuk tempahan pakej percutian,  kami hanya mengambil Deposit RM100 sahaja seorang untuk tempahan dan baki bayaran boleh dibuat dengan bayaran penuh ke akaun pihak resort atau bayaran secara tunai semasa ‘check-in’ di resort kelak.

 

Peringatan Mesra:

  • >>  tiada caj dikenakan jika ingin meminda tarikh percutian namun perlu maklumkan 2 minggu lebih awal dari tarikh percutian.
  • >> Bagi pembatalan percutian, caj RM 50 di kenakan di tolak daripada deposit anda.  Namun, jika pembatalan dibuat kurang dari tempoh 2 minggu sebelum tarikh perjalanan, tiada refund  ye untuk deposit.
  • >> Baki bayaran penuh boleh dibuat 1 minggu sebelum trip atau secara tunai di resort pada hari pertama trip.

 

UNTUK TEMPAHAN/PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

Telefon/Whatsapp :

# WE Chat ID: Sebukangbayresort

 

Ok. untuk hari ini, itu sahaja sari Madam Aur. Terima kasih sudi baca post daripada Madam. Hari ini Madam share sikit gambar pic Madam, takut ada yang yang rindu ke,,, hehehehe

“LET’S GET BACK TO NATURE, LIFE IS WONDERFUL”

5 Replies to “PAKEJ PERCUTIAN BAGI TAHUN 2018 – 3 HARI 2 MALAM KE PULAU AUR, MERSING JOHOR”

  1. Saya berminat utk ke bercuti bersama keluarga.
    Pakej ni mmg RM484 seorang kan.’Kami berempat…Insya Allah

    Tapi tahun depan dlm bln July @ Aug.Insya Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *